Pages

Powered by Blogger.

Thursday 22 March 2012

Celoteh bergambar




Melankolik Hati....

tak tahu mana yang silap..
tak sedar mana yang salah
tak nampak apa yang kurang
tak perasan apa yang hilang

kadang...
air mata bergenang sendiri
hati sepi tiba-tiba
rasa hiba menyusup jiwa
sedih sendiri entah mengengangkan apa
berkocaknya rasa tidak pasti punca
termenung jauh hanyut dalam khayalan

kulihat jauhnya awan
luasnya langit
tingginya mentari
tak dapat kugapai semuanya
buat peneman penyejuk hati

burung-burung seolah membisik sesuatu
"kenapa dengan hatimu wahai jelita?"
"kenap dengan muka dukamu wahai jelita?"
"kenapa dengan senyum tawarmu wahai jelita?"

angin seakan berbicara lembut di telinga
"wajah jelita perlu ceria...."
"yang jelita manis sifatnya"
"senyum itu penawar duka duhai jelita.."

tersentak jiwaku dengan bisikan burung
tersentuh hatiku dengan kata-kata sang angin
lantas kupeluk kuat angin yang menderu
kulempar senyum pada sang burung
cuba mencari kekuatan didalam hati

duhai sangsi di hati
duhai pilu di jiwa
duhai sedih yang rakus berkuasa
pergilah kau!
hatiku telah kupenuhkan dengan kasih-sayang
menutup ruang buatmu sang sangsi
jiwaku telah kuisi dengan iman
akan kupastikan
tiada ruang buat kepiluan dan kesedihan lagi

With Love,
Si kelamkelibut

Wednesday 21 March 2012

Cuci Mata

 Black Swan di Bukit Tinggi

budak bandar vs. budak kampung

aku bukan 100% budak kampung and bukan jugak 100% budak bandar. dulu masa aku kecik-kecik mungkin boleh dipanggil budak kampung tapi sikit demi sedikit dah terikut gak cara budak bandar. yerla.. kawasan kediaman aku pun alamat je kampung tapi terletak di pinggir bandar.sedikit demi sedikit pembangunan mula datang menerjah.

Dulu.. pekan terdekat adalah Kajang. Bangi tu bukan ada apa sangat pun. Banyak kilang je. Kalau nak pegi beli pape kena pegi pekan Kajang. Kalau terlebih mampu boleh la shopping kat KL je. zaman aku kecik-kecik dulu.. boleh bilang dengan jari berapa ramai je orang yang terlebih kemampuan tinggal dalam kampung ni. Tapi sekarang... penuh dengan rumah banglo. Banyak orang luar yang masuk ke kawasan ni and bermastautin sebab beli lot-lot banglo kat dalam kampung ni.
Macam-macam golongan ada..profesor la, dato', ustaz, ustazah..macam-macam la. Tak kurang jugak dengan penambahan pendatang asingnya.. mungkin sebab banyak pembangunan yang sedang dijalankan.Projek taman perumahan yang semakin banyak menambah bilangan mereka ke kawasan rumah aku.

Bandar Baru Bangi pun tak kurang hebatnya. Cepat membangun. Harga hartanah pun dengan tak semena melambung tinggi. Macam-macam dah ada kat B.B.B ( Bdr Baru Bangi) ni. Projek PKNS pun berlambak-lambak.Tak payah dah nak gi pekan Kajang beli barang.Artis pun banyak dah beli rumah area ni.

Lepas ni akan ada lagi ke istilah budak kampung bagi penduduk kawasan aku ni? Kampung lagi ke kawasan ni? Or kampung hanya setakat pada nama berdaftar je?

amalan gotong-royong ketika kenduri yang semakin hilang walau di kampung-kampung

Tapi yang sedih.. masih lagi nampak minda yang tak membangun.Budak-budak merempit, ke hulu ke hilir naik motor tak pakai helmet, bergaduh sesama jiran sekampung dan macam-macam lagi anasir yang tertinggal dari pembangunan.Atau inikah kesannya pembangunan?Inikah harga sebuah pembangunan?
Kalau begini.. panggilan budak kampung tu tak mungkin akan hilang.

Apa gambaran tentang kampung yang sepatutnya?
Aman?
Tenang?
Mesra?
Hormat-menghormati?

atau...

mundur?
ketinggalan?
bahaya?
kotor?

Kita sendiri yang mencorakkan sebagai masyarakat di dalamnya.

renung dan sama-sama muhasabah diri.

With love,
Si kelamkelibut

To rent

Cream veil With Gold beading lace
Almost 1meter length
100% handmade


Beading lace dekat keliling

Beading lace dekat kepala


To rent

Soft  pink  veil with white english lace.
Almost 2 meter length.
Purely Handmade.
*Pernah pakai sekali je time sanding.






Thursday 15 March 2012

Cuci mata

Kabus tebal di Bukit Larut

bunuh...bakar..buang

Sekarang ni penjenayah pun dah terlebih ekstrem seiring dengan arus permodenan jugak.
Agaknya penjenayah zaman sekarang jenis yang habis sekolah kot.

Macam-macam taktik.. bakar la.. letup la. Modus operandi pun macam-macam. Sampai kita susah nak bezakan seseorang tu berniat baik atau jahat. Kadang-kadang sampai jadi takut nak terima pertolongan seseorang sebab takut kalau sebenarnya orang tu ada niat jahat. Penjenayah pun tak kira usia dah. Yang tua-tua pun ada je jadi perogol. So macam mana kita nak rasa selamat?

sumber: google 

Haritu dengar kat radio HOT FM pasal kes jenayah ni. HOT FM AM krew interview dengan Penganalisis Jenayah En. Kamal Affendi. Dia cakap jenayah ni terjadi kerana adanya 3 benda. Penjenayah, Mangsa dan Peluang.So yang paling penting kita kena hapuskan peluang..sebab peluang adalah main factor. Kalau takde peluang even ade mangsa.. penjenayah tetap tak boleh lakukan jenayah.

Contohnya:
Seorang ibu berjalan pergi ke kedai bersama anak kecilnya.
Penjenayah pulak tengah aim baik punya nak rompak ibu ni.
Tetiba segerombolan budak sekolah lalu sebab dah habis waktu sekolah rupanya.So ramai budak sekolah nak balik rumah. Kawasan tu terus tak sunyi dah. Maka PELUANG penjenayah telah hilang. Jenayah pun tak dapat berlaku.

Jadi... kita mesti elakkan peluang kepada penjenayah.
Jangan biarkan anak-anak kemana-mana sendirian.
Kunci semua pintu rumah dan pasang alat keselamatan yang bersesuaian.
Ajar anak-anak kita tentang aspek keselamatan.
INGAT! Jangan wujudkan peluang.
JANGAN sesekali kita beri PELUANG kepada penjenayah.

With love,
Si kelam-kelibut.

Wednesday 14 March 2012

BEN ASHAARI AJAK KONGSI CERITA CUTI SEKOLAH


Cerita time cuti sekolah aku sangat menarik. sebab aku merasa main senapang kayu n buluh. tak macam budak-budak sekarang...Aku tak rasa ada wujud lagi senapang kayu n senapang buluh ni. walaupun aku perempuan tapi aku main benda-benda ni sebab kalo tak main memang rugi..dulu nak cari sumber-sumbernye senang je.. keliling rumah ada.Peluru senapang buluh tu pakai kertas basah jer.Gulung-gulung..gumpal-gumpal jadi bulat-bulat kecik then dah jadi peluru dah.Kalau senapang kayu tu biasa la pakai getah je.


   sumber gambar: google

Pagi-pagi lepas siapkan tugasan rumah yang dah memang mak bapak aku dah pesan.. aku,abang aku dan sepupu-sepupu yang lain bersiap keluar untuk ke medan perang. Kitaorang akan bertempur dengan budak-budak tanah sebelah. Cucu-cucu nenek aku bertempur dengan cucu-cucu nenek tanah sebelah tanah kami.

Abang-abang sepupu aku yang dah besar sikit yang dah tak leh nak join main sebab dah agak malu nak main dengan budak-budak akan tinggal di markas untuk tolong buatkan senjata dan sediakan kelengkapan perang. Ini baru best... apa barang main paintball.

Tengahari nanti lepas kena jerit dengan mak-mak or makcik-makcik.. berteraburlah kitaorang balik untuk makan tengahari. Dulu... belakang rumah nenek aku ade satu pangkin tempat arwah nenek selalu buat kuih raya or tempat salai ikan dia. Biasanya kitaorang sepupu-sepupu semua akan makan tengahari ramai-ramai dekat situ. Balik rumah juz ambik lauk n nasi. Pastu berkumpul makan kat pangkin sambil bincang strategi peperangan. Budak-budak sekarang dalam facebook je. Sekecik-kecik benda sampai sebesar-besar benda semua citer dalam facebook je.

Budak-budak sekarang jauh bezanya. Nak berkumpul main dengan sepupu semua? tunggu time balik kampung pun belum tentu. Ada tu jumpa pun wat macam tak kenal. Dekat kampung seorang ke hulu, sorang ke hilir. paling tak.. busy dengan gadget masing-masing.. Iphone la, Ipad la, notebook la.

Sampai sekarang aku takkan lupa semua pengalaman ni. Pangkin kayu arwah nenek aku pun dah takde lagi. Something yang tak dapat dibeli. Rindunya masa kecik-kecik dulu... huhuhu...

With Love,
Si kelamkelibut

... tanpa tajuk...

telahku cuba menjadi yang terbaik untukmu
sedangkan hatiku selalu sepi
telahku cuba menggembirakanmu
walau hatiku sunyi dan sayu


aku hanya mampu berdoa
kau kan tahu suatu hari nanti jua
pengorbananku tiada sempadannya
kerna kau cintaku selamanya


sayang.. jangan kau ragu
rasa hatiku
sayang jangan kau fikir
ku kan tinggalkanmu
aku kan terus setia
menemanimu dan berjaga
demi cintaku


walau hanya bintang di langit menjadi teman tidurku
ku kan tetap tersenyum kerna kutahu
cahaya cintamu ada disitu
walau hanya terik mentari menemani langkahku
kan ku terus berjalan laju mengejar cintamu
kerna kutahu kau setia menantiku 


aku hanya mampu berdoa
kau kan tahu suatu hari nanti jua
perngorbananku tiada sempadannya
kerna kau cintaku selamanya....

with love,
Si kelamkelibut

Ya! aku buat silap!


setiap manusia melakukan kesilapan.. 
antara sedar dan tidak aje.
antara nak mengaku dan tidak aje..
mana ade manusia yang sempurnakan?
tapi.. tak ramai yang nak belajar dari kesilapan yang dilakukan.
tapi.. yang ramai adalah hakim tak bertauliah yang suka menghukum orang lain atas kesilapan yang dilakukan.


Bagaimana pulak kalau kita yang buat silap? ape perasaan kita bila orang lain tuding jari dan cakap macam-macam pada kita? sedangkan kita mengaku yang kita silap..kita khilaf.. dan kita sedang cuba sedaya upaya membetulkan kesilapan tu. Tapi manusia mana pernah puaskan?
Penyakit yang paling dahsyat dalam diri manusia adalah iri hati.Bab nak menjatuhkan seseorang..bab nak mengaibkan orang lain.. memang pandai! no 1!! 
Cuba kalau kena kat batang hidung sendiri. Ada beran tahan?


Susah yer nak menerima kemaafan? 
Susah yer nak hapuskan kepahitan dengan senyuman dan istighfar?
Susah yer nak terima kesalahan orang lain sebagai kelemahan setiap hamba?


Ya! memang susah! Kelamkelibut pun tak nafikan.
Kadang-kadang amat payah untuk ditelan. Nak dapatkan hati yang ikhlas dalam memaafkan bukan mudah.Mulut kata ya.. tapi hati kadang-kadang masih mengutuk dalam diam. Sedangkan hati yang ikhlas memaafkan kena la redha.Macam mana yer nak redha dan ikhlas memaafkan seseorang?


Tapi.. tak salah kita mencubakan?
Mulakan dengan senyuman..
Kemudian cakap " Ya! saya maafkan"
sambil tu.. istighfar dalam hati dan berdoa supaya Allah jadikan hati kita hati yang ikhlas.
Akhir sekali.. sama-sama ambil iktibar atas kesilapan itu.
Buang yang keruh ambil yang jernih.. cuba berfikiran positif.


Kenapa? rasa macam cakap senang la tapi nak buat susah?
Lagi sekali... tak salah kita mencubakan?
Kelam kelibut pun tengah mencuba....


With love,
Si kelamkelibut

Tuesday 13 March 2012

Ku bersyukur dengan dugaanmu ya Allah...

Ya Allah ya tuhanku
kau berilah kesabaran kepada hambamu ini
tabahkanlah hatiku menempuh dugaanmu
redhakanlah hatiku atas setiap ujianmu
kuatkanlah imanku
berikanlah hidayah dan petunjukmu


ya Allah ya tuhanku
aku memohon kepadamu
Kau tuhan yang maha pengasih
lagi maha penyayang
Yang maha mengetahui
dan maha mendengar
Hanya kau tempat ku memohon pertolongan


Ya Allah ya tuhanku
permudahkanlah urusan hambamu ini
di dunia mahupun diakhirat
rahmatilah hidupku
sinarkan NUR mu ya Allah
agar aku menuju ke jalan yang benar


Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah...


Ampuni dosaku...
Ampuni dosa kedua ibu bapaku
Ampuni dosa suamiku
Ampuni dosa ahli keluargaku
Ampuni dosa guru-guruku
Ampuni dosa rakan-rakanku
Ampuni dosa mereka yang berbuat baik kepadaku


Jadikanlah aku di kalangan orang yang beriman
Jauhiku dari sifat zalim
Hiasi diriku dengan sifat mahmudah
Penuhkan jiwaku dengan kasih-sayang

sesungguhnya aku hambamu yang lemah....

Amin..ya Rabbal alamin..

With love,
Si kelamkelibut

Friday 9 March 2012

jem..jem..jem...

Teka-teki jem..


1. Dalam banyak-banyak jem..jem ape yang membantu mengurangkan tekanan?


2. Dalam banyak-banyak jem..jem apa yang memberi tekanan?


3. Dalam banyak-banyak jem..jem apa yang mengenyangkan? 


With love,

Si kelamkelibut


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 8 March 2012

Yummy! for today...

Oreo butter cake

Hari wanita sedunia.............

from google

Selamat hari wanita........

Kalau anda wanita sila letak tangan di bahu sendiri then tepuk sambil cakap..
saya adalah manusia yang paling beruntung kerana dilahirkan sebagai wanita..
Syabas buat diri saya!!!

Hello... mana tak beruntungnya..  wanita ada hari dia sendiri yang diraikan seluruh dunia pulak tu.. Lelaki ada ke? Ade ke?

To shemale shemale diluar sana jangan nak perasan or tumpang sekaki sambut hari wanita ni k. Hujung jari pun tak bleh.. wanita tulen je bleh sambut ok!!

Wanita ni tinggi darjatnya.. malah dalam ISLAM pun. ISLAM sangat menghormati wanita ok! Mana-wana wanita yang dah elok-elok jadi wanita tapi teringin nak jadi sebaliknya tu.. ketahuilah bahawa anda adalah manusia yang sangat rugi!

Kepada semua wanita di seluruh dunia.. Kelamkelibut ucapkan.. " SELAMAT HARI WANITA "

Anda semua adalah sangat mengagumkan!!! SYABAS!!!

With love,
Si kelamkelibut

Friday 2 March 2012

Saya seorang blogger

 saya blogger kecil-kecilan..
 yang sedang belajar mengira abjad
 yang cuba menyusun kata menjadi sebaris ayat..

 indah atau tidak bahasa yang diguna
 lawa atau tidak template pilihan saya
 berseni atau tidak hiasan blognya
 komen dan pandangan ikhlas anda semua
 yang saya damba...

 saya seorang blogger
 yang baru berjinak dengan dunia cyber
 cuba mencari identiti di jiwa
 buat pegangan dalam hasil tulisan

 kata hati..biarlah dikongsi semuanya
 pembaca perlu tahu segalanya
 biar yang baik meraka teladankan
 dan yang buruk jadi ingatan..

 tapi.. jari selalu malu mahu memilih kata
 bibir selalu kelu mahu memula bicara
 takut kata disalah erti
 takut terbuka aib sesiapa
 takut fitnah pula yang menimpa

 saya blogger kecil-kecilan
 hasil tulisan hanya sebagai peneman
 tempat luahan rasa yang tersimpan
 tempat perkongsian apa yang difikirkan

 buat teman blogger sekalian
 terima kasih atas ruang dan sokongan
 giveaway,contest dan apa jua peluang
 anda semua adalah pencetus ilham

 terima kasih semua...

 credit to :  Mr. BenAshaari , Mala Nasohah  and all followers yang sudi singgah baca blog ni and bagi komen. Terima kasih sekali lagi.. Selamat berblog buat semua!!!!

With love,
Si Kelamkelibut

D.I.Y bekas gula-gula


Thursday 1 March 2012

merajuk tak sudah

hmm.. Tak tau la kenapa semenjak dua menjak ni si kelamkelibut jadi kuat sangat merajuk ngan en.somi . Dah tu kadang-kadang merajuk pasal benda-benda remeh. Lepas kawin ni macam lagi selalu perangai majuk ni datang.huhuhu... Pastu rasa bersalah sendri dgn en.somi sebab dah tersedar si kelamkelibut majukkan benda remeh je.Terus baru majuk 5 minit dah gi cepat-cepat mintak maaf. Pasal ape yer?

Kadang-kadang terpikir gak.. lepas kawin ni jd makin ngada-ngada ke? Sampai asyik2 nak majuk je. huhuhu....Tersilap cikit or terkurang skit pape je mula dah rasa sensitif yg amat. Feeling-feeling touching gitu. Ntah pape je biler pikir balik.

Cian kat en.somi melayan kerenah si kelamkelibut. Alhamdulillah en.somi memang seorang yang sabar. Tu yang buat si kelamkelibut lg la rasa bersalah teramat. Ampunkan saya en.somi.. tak niat pun. huhu..

p/s: tetiba nak admit yang kaum wanita memang kaum yang susah nak difahami....tp kaum lelaki pun kadang2  pelik gakkan? hehehe...

en.somi = en. suami

With Love,
Si Kelamkelibut