Pages

Powered by Blogger.

Friday 2 March 2012

Saya seorang blogger

 saya blogger kecil-kecilan..
 yang sedang belajar mengira abjad
 yang cuba menyusun kata menjadi sebaris ayat..

 indah atau tidak bahasa yang diguna
 lawa atau tidak template pilihan saya
 berseni atau tidak hiasan blognya
 komen dan pandangan ikhlas anda semua
 yang saya damba...

 saya seorang blogger
 yang baru berjinak dengan dunia cyber
 cuba mencari identiti di jiwa
 buat pegangan dalam hasil tulisan

 kata hati..biarlah dikongsi semuanya
 pembaca perlu tahu segalanya
 biar yang baik meraka teladankan
 dan yang buruk jadi ingatan..

 tapi.. jari selalu malu mahu memilih kata
 bibir selalu kelu mahu memula bicara
 takut kata disalah erti
 takut terbuka aib sesiapa
 takut fitnah pula yang menimpa

 saya blogger kecil-kecilan
 hasil tulisan hanya sebagai peneman
 tempat luahan rasa yang tersimpan
 tempat perkongsian apa yang difikirkan

 buat teman blogger sekalian
 terima kasih atas ruang dan sokongan
 giveaway,contest dan apa jua peluang
 anda semua adalah pencetus ilham

 terima kasih semua...

 credit to :  Mr. BenAshaari , Mala Nasohah  and all followers yang sudi singgah baca blog ni and bagi komen. Terima kasih sekali lagi.. Selamat berblog buat semua!!!!

With love,
Si Kelamkelibut

0 yang sudi menulis:

Post a Comment