Pages

Powered by Blogger.

Wednesday 29 February 2012

Pakej Haji dan umrah serta upah haji badal



Kami menyedikan pakej haji dan umrah dari syarikat berdaftar(CS Holidays)dengan pakej serendah RM5000.Pendaftaran pakej haji swasta  & Umrah dibuka sekarang.
UNTUK SEBARANG MAKLUMAT & PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:
HAJI AL-MASRI (019-3312230/017-3030837)
EMAIL: hjmatseri@yahoo.com. 

:search/cari Hj Al-Masri Mat Kali

PERKHIDMATAN UPAH HAJI BADAL JUGA DISEDIAKAN.

"MANJADDA WAJADDA, SIAPA YANG BERSUNGGUH DIA YANG MENDAPAT KEJAYAAN"

D.I.Y bunga pin penanggah

Monday 27 February 2012

Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012

salam semua...

harini tetiba rasa nak join contest ni pulak sebab contest nye agak menarik. Memberi kata-kata semangat yang boleh dikongsi dengan semua. Menarikkan? Nak join boleh lagi... klik sni je k.. Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012



Ini kata-kata yang ingin saya kongsi.. sebabnya saya sendiri berpegang dengan kata-kata ini. Ia buat saya sentiasa positif dalam hidup. Pokok pangkalnya.. kita kena yakin dengan doa kita.. 

" Dalam hidup memang kita tak dapat semua yang kita nak,
tapi tanpa sedar kita sebenarnya selalu dapat apa yang kita perlu.
Berdoalah pada Allah agar memberi yang terbaik buat kita
dan yakinlah denganNya.
Sesungguhnya walau yang pahit kita terima itulah yang terbaik buat kita
sebenarnya..
Allah maha mengetahui dan perancanganNya adalah yang terbaik.. "

with Love,
Si Kelamkelibut

Friday 24 February 2012

D.I.Y doorgift

Dari kerana mata..


Adoi..

Kelamkelibut tengah menahan mata yang mengantuk giler ni.
Di buai angin aircond di opis yang menggigit ke tulang ni..
dengan suasana sunyi sepi macam ada kelamkelibut sorang je dalam opis ni. padahal penuh je semua tempat
workaholic sungguh diorang ni. kalau dapat ngadap Pc tu wat keje macam terus masuk dunia lain.Lupa segala benda sampai tak pandnag kiri-kanan dah.isk..isk..

Ngantuks... Ngantuks...
cuaca yang redup kat luar tu pun menambahkan stim mata ni.
sikit inci je lagi nak terpejam sendiri..
so.. kelamkelibut pun laju-lajukan jari-jemari ni menaip biar mata ni bertahan terbukak.huhuhu..
kalau terpejam gak sendiri sambil tangan ni menaip memang tahap kuasa ngantuk berape pun tak tau dah.

Hoi mata!
Aku tepuk jugak ko ni kang!
Bukak besar-besar!
Dush! Dush!
Kelamkelibut tumbuk mata sendiri.
Tapi.. tumbuk-tumbuk manja je pun.
bagi sedar diri balik mata ni.

Yang jari-jemari ni taknak bagi sedar?
Yerla.. time keje laju je menaip kat blog..
Ops! Ok! fine! tutup blog!
Daa... bye!

With Love,
Si kelamkelibut

Mama.. i love u

tanpa sedar..
banyak pengorbananmu yang kulupa

tanpa sedar
banyak jasamu yang ku abaikan

tanpa sedar
banyak luka dihatimu yang kugoreskan

tanpa sedar
banyak kasih yang kau curahkan

aku..
anak yang selalu lupa
menghargai penat lelahmu

aku..
anak yang selalu leka
menjaga hatimu

aku..
anak yang selalu alpa
untuk menyayangimu

mama..
maafkan aku

mama..
ampuni dosaku

mama..
berkatilah anakmu ini

I love u MAMA...

Thursday 23 February 2012

Bulan cinta

Salam pembaca semua...( ade ke yang baca? :) )

Orang kata bulan Februari bulan cinta betul ke?
Tapi takde la bermakna kita kena sambut Valentine's Day kan?
Ingat....... Haram tau orang Islam menyambutnya. No..no..no..

Si kelamkelibut nak bermadah helah sikit tentang cinta.. hehehe

Betul ke cinta itu indah?
Mungkinkah seindah warna pelangi?
Atau seindah pemandangan matahari terbenam yang sangat mendamaikan?

Untung nasib seseorang yang bercinta tak ada siapa yang dapat menduga.
Hanya tuhan yang maha mengetahui.
Ada orang kata bercinta itu macam makan gula-gula.
Gula-gula itu sendiri ada yang manis, ada yang masam, ada yang pedas dan pahit.
Tapi manusia tetap juga nak makan dan merasainya.
Makan gula-gula juga kadang-kadang mendatangkan mudarat, mungkin pada gigi dan juga masalah kesihatan yang lain.

Cinta macam ni ke?
Walaupun pelbagai perasaan dan pengelaman pahit dan manis yang ditempuh, tetapi itu semua tak pernah menjadikan manusia serik untuk bercinta.Setiap dugaan yang datang pun manusia sanggup tempuhi demi cinta.

Bukankah perasaan cinta itu fitrah manusia yang dikurniakan tuhan? Kenapa masih ade manusia yang cuba menafikan perasaan cinta mereka pada seseorang? Menafikan kewujudan cinta dalam hati sendiri seolah dunia ni hanya ada diri dia seorang.

Cintakan subjektif. Pada mak ayah pun boleh lahirkan rasa cinta. Pada tuhan apatah lagi. Cinta abadi dan hakiki yang dibawa sampai mati.Siapa kita nak menolak hukum alam? Sedangkan penciptaan kita pun ditentukan tuhan.

Apa kisah cinta anda semua?Pahit? Manis? Kelat?
Mungkin pahit di permulaan tapi manis di penghujung. Mungkin juga adalah sebaliknya.
Kejadian dan ketentuan tuhan susah diduga.Kan kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.

Si kelamkelibut mendoakan semua pembaca sentiasa dalam rasa cinta kepada tuhan, agama, keluarga, diri sendiri dan mereka yang disayangi. Pada si kelamkelibut.. cinta adalah kasih-sayang. Sesuatu yang tak dapat dibeli dan dinilai.

With love,
Si kelamkelibut

Tuesday 14 February 2012

Selamat bekerja...

salam hari selasa buat semua..

apakah cerita menarik hari ini?

xada? erm.. belum ade kot..

xper..xper.. esok masih ade..
jangan jadikan hari anda sunyi dan sepi
jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

apakah yang kelamkelibut merepek ni...???
dah macam wartawan pun ada.

 
"sekian.. kelam kapal xkaram melaporkan untuk berita kelibut.." 

arini kelamkelibut nak kongsi cerita pasal kerja.

Ape pekerjaan yang korang rasa adalah yang paling sesuai n best untuk korang?

For sure ramai yang akhirnya bekerja bukan dalam bidang sendiri. Belajar dekat Univ. bidang lain tapi kerja buat benda lain.

Ada yang sanggup terima risiko dengan buat keputusan begitu semata-mata demi minat. Ada yang sebab terpaksa.. macam nak kejar gaji besar ke, sesuai dengan jiwa ke contoh macam yang jadi penyanyi/pelakon or pramugari tu. Banyak di kalangan mereka yang belajar tinggi tapi memilih profession tu sebab itu yang mereka suka buat.

U alls semua plak macam mana? Suka dengan kerja sekarang?
Bahagia dengan rutin kerja u alls?

Kelamkelibut selalu berangan nak ada Taska / Tadika sendiri sebab suka dengan budak-budak. Tapi macam biasalah bidang belajarnya lain. So simpan dulu jadi cita-cita or impian yang belum kesampaian.

selalu praktis jadi babysitter si bam bam ni je la..
Tak kisah la kerja ape yang kita buat sekarang yang penting halal and kita buat dengan ikhlas.. baru la berkatkan?

Wish u all the best in whatever u do.

Love urself, love ur job, love ur precious life.. 



with love,
si kelamkelibut

Monday 13 February 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Macam tak percaya jer join segment kat blog sifu kita Mr. Ben ashaari.
Konon niat nak jadi silent blogger tapi hati menggetiks nak try join gak. Hehehe...

Klik untuk ke blog Mr. Ben
So...Kenapa si kelamkelibut rasa u alls semua kena visit blog kelamkelibut yang tak seberapa ni...
Yang utama of course la nak mintak reader/blogger semua menaikkan semangat saya berblog.
Memandangkan kelamkelibut dalam kategori budak baru belajar, so takdela si kelamkelibut malu-malu kucing lagi untuk berblog...

kalau malu lagi.. si kelamkelibut tutup mata macam ni jer.. 
sila-silalah jamu mata,hidung, mulut, telinga n semua yang boleh la kat blog si kelamkelibut ni yer.

kelamkelibut suka menulis apa saja yang terlintas di hati and fikiran. so blog ni lebih kepada tempat meluahkan apa yang kelamkelibut rasa and fikirkan. Antara yang menarik dalam blog ni adalah few nota hati dari si kelamkelibut sendiri.

boleh la klik link ni yer:
http://sikelamkelibut.blogspot.com/search/label/nota%20hati

my fevret is this one:
http://sikelamkelibut.blogspot.com/2011/07/seloka-beringat-nak-marah-tapi-tak-tau.html

kelamkelibut really hope blog ni boleh menjadi bahan bacaan yang santai buat semua tetapi di samping  kita saling ingat-mengingati dan memuhasabah sesama sendiri.

Good luck to all blogger.. :)

with love,
Si kelamkelibut

p/s: if nak join sempat lagi sampai pukul 10 mlm ni.. klik sini yer BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

antara iya dan tidak..

itu semua dusta!
itu semua hanya mainan tidur semata!
tidak! tidak!
tak mungkin!

bukan dia!
mustahil adalah dia!
dan tak sepatutnya dia!

aku termangu sendiri.
mencari jawapan pada persoalan yang aku sendiri tak pasti.
adakah benar ini realiti yang terjadi atau sekadar khayalan?
atau memang wujud dalam mimipi semalam?

Ah! kalau benar mimpi kenapa perlu aku runsing?
bukankah mimpi hanya peneman tidur..

tapi...
kenapa ia masih tersekat di minda?
dan kenapa ceritanya masih terkurung di jiwa?
Apakah mimpi ini ada tandanya?

Buntu aku sendiri!

The little girl i miss so much

si kecil yang saya rindu sangat-sangat..
every nite will call her even juz can understand her 'bye-bye' word.
other than that juz a cute shouting voice and cute mumbling from her.
Bam bam.. mak ngah mish u a lot la.. comelkan dia?



With love,
Si kelamkelibut

Friday 10 February 2012

Kadang -kadang

kadang-kadang banyak benda yang kita terlepas pandang

boleh jadi sikap kita yang tak ambil pusing
atau malas ambil tahu keadaan sekeliling

tapi kalau terlebih pandang jatuh hukum lain pula
dikata menjaga tepi kain orang semata
walhal niat nak menjaga keamanan semua

atau lumrah manusia zaman sekarang
mengutamakan perihal diri sendiri
kerana mengamal prinsip
kubur masing-masing
dosa sendiri jinjing

kadang-kadang banyak benda yang kita terleka

leka dengan kesibukan dunia
yang memang takkan pernah sunyi

sembahyang tertinggal kerana kesuntukan masa
tanpa sedar habis sudah waktunya
itu alasan yang sangat biasa

sedekah lupa nak keluar
terleka mengisi perut sendiri semata
melayan nafsu makan yang bermaharajalela

kadang-kadang banyak benda yang kita terlupa

terlupa itu dan ini memang sikap manusia
yelah.. mana ada manusia yang sempurna...
itu kata cerdik pandai semua

dunia yang ceria sampai terlupa azab neraka
hati yang bahagia sampai lupa dosa pahala
mewah yang dicita sampai lupa halal haramnya

kadang-kadang kita tak tau

kalimah Allah mampu menyedarkan kita
bertahmidlah, bertasbihlah dan bertakbirlah
agar dinding iman kita terus menebal

With love,
Si kelamkelibut