Pages

Powered by Blogger.

Wednesday 21 March 2012

budak bandar vs. budak kampung

aku bukan 100% budak kampung and bukan jugak 100% budak bandar. dulu masa aku kecik-kecik mungkin boleh dipanggil budak kampung tapi sikit demi sedikit dah terikut gak cara budak bandar. yerla.. kawasan kediaman aku pun alamat je kampung tapi terletak di pinggir bandar.sedikit demi sedikit pembangunan mula datang menerjah.

Dulu.. pekan terdekat adalah Kajang. Bangi tu bukan ada apa sangat pun. Banyak kilang je. Kalau nak pegi beli pape kena pegi pekan Kajang. Kalau terlebih mampu boleh la shopping kat KL je. zaman aku kecik-kecik dulu.. boleh bilang dengan jari berapa ramai je orang yang terlebih kemampuan tinggal dalam kampung ni. Tapi sekarang... penuh dengan rumah banglo. Banyak orang luar yang masuk ke kawasan ni and bermastautin sebab beli lot-lot banglo kat dalam kampung ni.
Macam-macam golongan ada..profesor la, dato', ustaz, ustazah..macam-macam la. Tak kurang jugak dengan penambahan pendatang asingnya.. mungkin sebab banyak pembangunan yang sedang dijalankan.Projek taman perumahan yang semakin banyak menambah bilangan mereka ke kawasan rumah aku.

Bandar Baru Bangi pun tak kurang hebatnya. Cepat membangun. Harga hartanah pun dengan tak semena melambung tinggi. Macam-macam dah ada kat B.B.B ( Bdr Baru Bangi) ni. Projek PKNS pun berlambak-lambak.Tak payah dah nak gi pekan Kajang beli barang.Artis pun banyak dah beli rumah area ni.

Lepas ni akan ada lagi ke istilah budak kampung bagi penduduk kawasan aku ni? Kampung lagi ke kawasan ni? Or kampung hanya setakat pada nama berdaftar je?

amalan gotong-royong ketika kenduri yang semakin hilang walau di kampung-kampung

Tapi yang sedih.. masih lagi nampak minda yang tak membangun.Budak-budak merempit, ke hulu ke hilir naik motor tak pakai helmet, bergaduh sesama jiran sekampung dan macam-macam lagi anasir yang tertinggal dari pembangunan.Atau inikah kesannya pembangunan?Inikah harga sebuah pembangunan?
Kalau begini.. panggilan budak kampung tu tak mungkin akan hilang.

Apa gambaran tentang kampung yang sepatutnya?
Aman?
Tenang?
Mesra?
Hormat-menghormati?

atau...

mundur?
ketinggalan?
bahaya?
kotor?

Kita sendiri yang mencorakkan sebagai masyarakat di dalamnya.

renung dan sama-sama muhasabah diri.

With love,
Si kelamkelibut

0 yang sudi menulis:

Post a Comment