Pages

Powered by Blogger.

Thursday 15 March 2012

bunuh...bakar..buang

Sekarang ni penjenayah pun dah terlebih ekstrem seiring dengan arus permodenan jugak.
Agaknya penjenayah zaman sekarang jenis yang habis sekolah kot.

Macam-macam taktik.. bakar la.. letup la. Modus operandi pun macam-macam. Sampai kita susah nak bezakan seseorang tu berniat baik atau jahat. Kadang-kadang sampai jadi takut nak terima pertolongan seseorang sebab takut kalau sebenarnya orang tu ada niat jahat. Penjenayah pun tak kira usia dah. Yang tua-tua pun ada je jadi perogol. So macam mana kita nak rasa selamat?

sumber: google 

Haritu dengar kat radio HOT FM pasal kes jenayah ni. HOT FM AM krew interview dengan Penganalisis Jenayah En. Kamal Affendi. Dia cakap jenayah ni terjadi kerana adanya 3 benda. Penjenayah, Mangsa dan Peluang.So yang paling penting kita kena hapuskan peluang..sebab peluang adalah main factor. Kalau takde peluang even ade mangsa.. penjenayah tetap tak boleh lakukan jenayah.

Contohnya:
Seorang ibu berjalan pergi ke kedai bersama anak kecilnya.
Penjenayah pulak tengah aim baik punya nak rompak ibu ni.
Tetiba segerombolan budak sekolah lalu sebab dah habis waktu sekolah rupanya.So ramai budak sekolah nak balik rumah. Kawasan tu terus tak sunyi dah. Maka PELUANG penjenayah telah hilang. Jenayah pun tak dapat berlaku.

Jadi... kita mesti elakkan peluang kepada penjenayah.
Jangan biarkan anak-anak kemana-mana sendirian.
Kunci semua pintu rumah dan pasang alat keselamatan yang bersesuaian.
Ajar anak-anak kita tentang aspek keselamatan.
INGAT! Jangan wujudkan peluang.
JANGAN sesekali kita beri PELUANG kepada penjenayah.

With love,
Si kelam-kelibut.

0 yang sudi menulis:

Post a Comment