Salam pembaca semua...( ade ke yang baca? :) )
Orang kata bulan Februari bulan cinta betul ke?
Tapi takde la bermakna kita kena sambut Valentine's Day kan?
Ingat....... Haram tau orang Islam menyambutnya. No..no..no..
Si kelamkelibut nak bermadah helah sikit tentang cinta.. hehehe
Betul ke cinta itu indah?
Mungkinkah seindah warna pelangi?
Atau seindah pemandangan matahari terbenam yang sangat mendamaikan?
Untung nasib seseorang yang bercinta tak ada siapa yang dapat menduga.
Hanya tuhan yang maha mengetahui.
Ada orang kata bercinta itu macam makan gula-gula.
Gula-gula itu sendiri ada yang manis, ada yang masam, ada yang pedas dan pahit.
Tapi manusia tetap juga nak makan dan merasainya.
Makan gula-gula juga kadang-kadang mendatangkan mudarat, mungkin pada gigi dan juga masalah kesihatan yang lain.
Cinta macam ni ke?
Walaupun pelbagai perasaan dan pengelaman pahit dan manis yang ditempuh, tetapi itu semua tak pernah menjadikan manusia serik untuk bercinta.Setiap dugaan yang datang pun manusia sanggup tempuhi demi cinta.
Bukankah perasaan cinta itu fitrah manusia yang dikurniakan tuhan? Kenapa masih ade manusia yang cuba menafikan perasaan cinta mereka pada seseorang? Menafikan kewujudan cinta dalam hati sendiri seolah dunia ni hanya ada diri dia seorang.
Cintakan subjektif. Pada mak ayah pun boleh lahirkan rasa cinta. Pada tuhan apatah lagi. Cinta abadi dan hakiki yang dibawa sampai mati.Siapa kita nak menolak hukum alam? Sedangkan penciptaan kita pun ditentukan tuhan.
Apa kisah cinta anda semua?Pahit? Manis? Kelat?
Mungkin pahit di permulaan tapi manis di penghujung. Mungkin juga adalah sebaliknya.
Kejadian dan ketentuan tuhan susah diduga.Kan kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.
Si kelamkelibut mendoakan semua pembaca sentiasa dalam rasa cinta kepada tuhan, agama, keluarga, diri sendiri dan mereka yang disayangi. Pada si kelamkelibut.. cinta adalah kasih-sayang. Sesuatu yang tak dapat dibeli dan dinilai.
With love,
Si kelamkelibut
15 hours ago
2 yang sudi menulis:
bercinta lepas kawen best!!!
betol..betol..betol.. :)
Post a Comment