saya blogger kecil-kecilan..
yang sedang belajar mengira abjad
yang cuba menyusun kata menjadi sebaris ayat..
indah atau tidak bahasa yang diguna
lawa atau tidak template pilihan saya
berseni atau tidak hiasan blognya
komen dan pandangan ikhlas anda semua
yang saya damba...
saya seorang blogger
yang baru berjinak dengan dunia cyber
cuba mencari identiti di jiwa
buat pegangan dalam hasil tulisan
kata hati..biarlah dikongsi semuanya
pembaca perlu tahu segalanya
biar yang baik meraka teladankan
dan yang buruk jadi ingatan..
tapi.. jari selalu malu mahu memilih kata
bibir selalu kelu mahu memula bicara
takut kata disalah erti
takut terbuka aib sesiapa
takut fitnah pula yang menimpa
saya blogger kecil-kecilan
hasil tulisan hanya sebagai peneman
tempat luahan rasa yang tersimpan
tempat perkongsian apa yang difikirkan
buat teman blogger sekalian
terima kasih atas ruang dan sokongan
giveaway,contest dan apa jua peluang
anda semua adalah pencetus ilham
terima kasih semua...
credit to : Mr. BenAshaari , Mala Nasohah and all followers yang sudi singgah baca blog ni and bagi komen. Terima kasih sekali lagi.. Selamat berblog buat semua!!!!
With love,
Si Kelamkelibut
13 hours ago
0 yang sudi menulis:
Post a Comment