Pages

Powered by Blogger.
Showing posts with label corat-coret. Show all posts
Showing posts with label corat-coret. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

budak bandar vs. budak kampung

aku bukan 100% budak kampung and bukan jugak 100% budak bandar. dulu masa aku kecik-kecik mungkin boleh dipanggil budak kampung tapi sikit demi sedikit dah terikut gak cara budak bandar. yerla.. kawasan kediaman aku pun alamat je kampung tapi terletak di pinggir bandar.sedikit demi sedikit pembangunan mula datang menerjah.

Dulu.. pekan terdekat adalah Kajang. Bangi tu bukan ada apa sangat pun. Banyak kilang je. Kalau nak pegi beli pape kena pegi pekan Kajang. Kalau terlebih mampu boleh la shopping kat KL je. zaman aku kecik-kecik dulu.. boleh bilang dengan jari berapa ramai je orang yang terlebih kemampuan tinggal dalam kampung ni. Tapi sekarang... penuh dengan rumah banglo. Banyak orang luar yang masuk ke kawasan ni and bermastautin sebab beli lot-lot banglo kat dalam kampung ni.
Macam-macam golongan ada..profesor la, dato', ustaz, ustazah..macam-macam la. Tak kurang jugak dengan penambahan pendatang asingnya.. mungkin sebab banyak pembangunan yang sedang dijalankan.Projek taman perumahan yang semakin banyak menambah bilangan mereka ke kawasan rumah aku.

Bandar Baru Bangi pun tak kurang hebatnya. Cepat membangun. Harga hartanah pun dengan tak semena melambung tinggi. Macam-macam dah ada kat B.B.B ( Bdr Baru Bangi) ni. Projek PKNS pun berlambak-lambak.Tak payah dah nak gi pekan Kajang beli barang.Artis pun banyak dah beli rumah area ni.

Lepas ni akan ada lagi ke istilah budak kampung bagi penduduk kawasan aku ni? Kampung lagi ke kawasan ni? Or kampung hanya setakat pada nama berdaftar je?

amalan gotong-royong ketika kenduri yang semakin hilang walau di kampung-kampung

Tapi yang sedih.. masih lagi nampak minda yang tak membangun.Budak-budak merempit, ke hulu ke hilir naik motor tak pakai helmet, bergaduh sesama jiran sekampung dan macam-macam lagi anasir yang tertinggal dari pembangunan.Atau inikah kesannya pembangunan?Inikah harga sebuah pembangunan?
Kalau begini.. panggilan budak kampung tu tak mungkin akan hilang.

Apa gambaran tentang kampung yang sepatutnya?
Aman?
Tenang?
Mesra?
Hormat-menghormati?

atau...

mundur?
ketinggalan?
bahaya?
kotor?

Kita sendiri yang mencorakkan sebagai masyarakat di dalamnya.

renung dan sama-sama muhasabah diri.

With love,
Si kelamkelibut

Thursday, 15 March 2012

bunuh...bakar..buang

Sekarang ni penjenayah pun dah terlebih ekstrem seiring dengan arus permodenan jugak.
Agaknya penjenayah zaman sekarang jenis yang habis sekolah kot.

Macam-macam taktik.. bakar la.. letup la. Modus operandi pun macam-macam. Sampai kita susah nak bezakan seseorang tu berniat baik atau jahat. Kadang-kadang sampai jadi takut nak terima pertolongan seseorang sebab takut kalau sebenarnya orang tu ada niat jahat. Penjenayah pun tak kira usia dah. Yang tua-tua pun ada je jadi perogol. So macam mana kita nak rasa selamat?

sumber: google 

Haritu dengar kat radio HOT FM pasal kes jenayah ni. HOT FM AM krew interview dengan Penganalisis Jenayah En. Kamal Affendi. Dia cakap jenayah ni terjadi kerana adanya 3 benda. Penjenayah, Mangsa dan Peluang.So yang paling penting kita kena hapuskan peluang..sebab peluang adalah main factor. Kalau takde peluang even ade mangsa.. penjenayah tetap tak boleh lakukan jenayah.

Contohnya:
Seorang ibu berjalan pergi ke kedai bersama anak kecilnya.
Penjenayah pulak tengah aim baik punya nak rompak ibu ni.
Tetiba segerombolan budak sekolah lalu sebab dah habis waktu sekolah rupanya.So ramai budak sekolah nak balik rumah. Kawasan tu terus tak sunyi dah. Maka PELUANG penjenayah telah hilang. Jenayah pun tak dapat berlaku.

Jadi... kita mesti elakkan peluang kepada penjenayah.
Jangan biarkan anak-anak kemana-mana sendirian.
Kunci semua pintu rumah dan pasang alat keselamatan yang bersesuaian.
Ajar anak-anak kita tentang aspek keselamatan.
INGAT! Jangan wujudkan peluang.
JANGAN sesekali kita beri PELUANG kepada penjenayah.

With love,
Si kelam-kelibut.

Wednesday, 14 March 2012

BEN ASHAARI AJAK KONGSI CERITA CUTI SEKOLAH


Cerita time cuti sekolah aku sangat menarik. sebab aku merasa main senapang kayu n buluh. tak macam budak-budak sekarang...Aku tak rasa ada wujud lagi senapang kayu n senapang buluh ni. walaupun aku perempuan tapi aku main benda-benda ni sebab kalo tak main memang rugi..dulu nak cari sumber-sumbernye senang je.. keliling rumah ada.Peluru senapang buluh tu pakai kertas basah jer.Gulung-gulung..gumpal-gumpal jadi bulat-bulat kecik then dah jadi peluru dah.Kalau senapang kayu tu biasa la pakai getah je.


   sumber gambar: google

Pagi-pagi lepas siapkan tugasan rumah yang dah memang mak bapak aku dah pesan.. aku,abang aku dan sepupu-sepupu yang lain bersiap keluar untuk ke medan perang. Kitaorang akan bertempur dengan budak-budak tanah sebelah. Cucu-cucu nenek aku bertempur dengan cucu-cucu nenek tanah sebelah tanah kami.

Abang-abang sepupu aku yang dah besar sikit yang dah tak leh nak join main sebab dah agak malu nak main dengan budak-budak akan tinggal di markas untuk tolong buatkan senjata dan sediakan kelengkapan perang. Ini baru best... apa barang main paintball.

Tengahari nanti lepas kena jerit dengan mak-mak or makcik-makcik.. berteraburlah kitaorang balik untuk makan tengahari. Dulu... belakang rumah nenek aku ade satu pangkin tempat arwah nenek selalu buat kuih raya or tempat salai ikan dia. Biasanya kitaorang sepupu-sepupu semua akan makan tengahari ramai-ramai dekat situ. Balik rumah juz ambik lauk n nasi. Pastu berkumpul makan kat pangkin sambil bincang strategi peperangan. Budak-budak sekarang dalam facebook je. Sekecik-kecik benda sampai sebesar-besar benda semua citer dalam facebook je.

Budak-budak sekarang jauh bezanya. Nak berkumpul main dengan sepupu semua? tunggu time balik kampung pun belum tentu. Ada tu jumpa pun wat macam tak kenal. Dekat kampung seorang ke hulu, sorang ke hilir. paling tak.. busy dengan gadget masing-masing.. Iphone la, Ipad la, notebook la.

Sampai sekarang aku takkan lupa semua pengalaman ni. Pangkin kayu arwah nenek aku pun dah takde lagi. Something yang tak dapat dibeli. Rindunya masa kecik-kecik dulu... huhuhu...

With Love,
Si kelamkelibut

Ya! aku buat silap!


setiap manusia melakukan kesilapan.. 
antara sedar dan tidak aje.
antara nak mengaku dan tidak aje..
mana ade manusia yang sempurnakan?
tapi.. tak ramai yang nak belajar dari kesilapan yang dilakukan.
tapi.. yang ramai adalah hakim tak bertauliah yang suka menghukum orang lain atas kesilapan yang dilakukan.


Bagaimana pulak kalau kita yang buat silap? ape perasaan kita bila orang lain tuding jari dan cakap macam-macam pada kita? sedangkan kita mengaku yang kita silap..kita khilaf.. dan kita sedang cuba sedaya upaya membetulkan kesilapan tu. Tapi manusia mana pernah puaskan?
Penyakit yang paling dahsyat dalam diri manusia adalah iri hati.Bab nak menjatuhkan seseorang..bab nak mengaibkan orang lain.. memang pandai! no 1!! 
Cuba kalau kena kat batang hidung sendiri. Ada beran tahan?


Susah yer nak menerima kemaafan? 
Susah yer nak hapuskan kepahitan dengan senyuman dan istighfar?
Susah yer nak terima kesalahan orang lain sebagai kelemahan setiap hamba?


Ya! memang susah! Kelamkelibut pun tak nafikan.
Kadang-kadang amat payah untuk ditelan. Nak dapatkan hati yang ikhlas dalam memaafkan bukan mudah.Mulut kata ya.. tapi hati kadang-kadang masih mengutuk dalam diam. Sedangkan hati yang ikhlas memaafkan kena la redha.Macam mana yer nak redha dan ikhlas memaafkan seseorang?


Tapi.. tak salah kita mencubakan?
Mulakan dengan senyuman..
Kemudian cakap " Ya! saya maafkan"
sambil tu.. istighfar dalam hati dan berdoa supaya Allah jadikan hati kita hati yang ikhlas.
Akhir sekali.. sama-sama ambil iktibar atas kesilapan itu.
Buang yang keruh ambil yang jernih.. cuba berfikiran positif.


Kenapa? rasa macam cakap senang la tapi nak buat susah?
Lagi sekali... tak salah kita mencubakan?
Kelam kelibut pun tengah mencuba....


With love,
Si kelamkelibut

Friday, 9 March 2012

jem..jem..jem...

Teka-teki jem..


1. Dalam banyak-banyak jem..jem ape yang membantu mengurangkan tekanan?


2. Dalam banyak-banyak jem..jem apa yang memberi tekanan?


3. Dalam banyak-banyak jem..jem apa yang mengenyangkan? 


With love,

Si kelamkelibut


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 8 March 2012

Hari wanita sedunia.............

from google

Selamat hari wanita........

Kalau anda wanita sila letak tangan di bahu sendiri then tepuk sambil cakap..
saya adalah manusia yang paling beruntung kerana dilahirkan sebagai wanita..
Syabas buat diri saya!!!

Hello... mana tak beruntungnya..  wanita ada hari dia sendiri yang diraikan seluruh dunia pulak tu.. Lelaki ada ke? Ade ke?

To shemale shemale diluar sana jangan nak perasan or tumpang sekaki sambut hari wanita ni k. Hujung jari pun tak bleh.. wanita tulen je bleh sambut ok!!

Wanita ni tinggi darjatnya.. malah dalam ISLAM pun. ISLAM sangat menghormati wanita ok! Mana-wana wanita yang dah elok-elok jadi wanita tapi teringin nak jadi sebaliknya tu.. ketahuilah bahawa anda adalah manusia yang sangat rugi!

Kepada semua wanita di seluruh dunia.. Kelamkelibut ucapkan.. " SELAMAT HARI WANITA "

Anda semua adalah sangat mengagumkan!!! SYABAS!!!

With love,
Si kelamkelibut

Thursday, 1 March 2012

merajuk tak sudah

hmm.. Tak tau la kenapa semenjak dua menjak ni si kelamkelibut jadi kuat sangat merajuk ngan en.somi . Dah tu kadang-kadang merajuk pasal benda-benda remeh. Lepas kawin ni macam lagi selalu perangai majuk ni datang.huhuhu... Pastu rasa bersalah sendri dgn en.somi sebab dah tersedar si kelamkelibut majukkan benda remeh je.Terus baru majuk 5 minit dah gi cepat-cepat mintak maaf. Pasal ape yer?

Kadang-kadang terpikir gak.. lepas kawin ni jd makin ngada-ngada ke? Sampai asyik2 nak majuk je. huhuhu....Tersilap cikit or terkurang skit pape je mula dah rasa sensitif yg amat. Feeling-feeling touching gitu. Ntah pape je biler pikir balik.

Cian kat en.somi melayan kerenah si kelamkelibut. Alhamdulillah en.somi memang seorang yang sabar. Tu yang buat si kelamkelibut lg la rasa bersalah teramat. Ampunkan saya en.somi.. tak niat pun. huhu..

p/s: tetiba nak admit yang kaum wanita memang kaum yang susah nak difahami....tp kaum lelaki pun kadang2  pelik gakkan? hehehe...

en.somi = en. suami

With Love,
Si Kelamkelibut

Thursday, 23 February 2012

Bulan cinta

Salam pembaca semua...( ade ke yang baca? :) )

Orang kata bulan Februari bulan cinta betul ke?
Tapi takde la bermakna kita kena sambut Valentine's Day kan?
Ingat....... Haram tau orang Islam menyambutnya. No..no..no..

Si kelamkelibut nak bermadah helah sikit tentang cinta.. hehehe

Betul ke cinta itu indah?
Mungkinkah seindah warna pelangi?
Atau seindah pemandangan matahari terbenam yang sangat mendamaikan?

Untung nasib seseorang yang bercinta tak ada siapa yang dapat menduga.
Hanya tuhan yang maha mengetahui.
Ada orang kata bercinta itu macam makan gula-gula.
Gula-gula itu sendiri ada yang manis, ada yang masam, ada yang pedas dan pahit.
Tapi manusia tetap juga nak makan dan merasainya.
Makan gula-gula juga kadang-kadang mendatangkan mudarat, mungkin pada gigi dan juga masalah kesihatan yang lain.

Cinta macam ni ke?
Walaupun pelbagai perasaan dan pengelaman pahit dan manis yang ditempuh, tetapi itu semua tak pernah menjadikan manusia serik untuk bercinta.Setiap dugaan yang datang pun manusia sanggup tempuhi demi cinta.

Bukankah perasaan cinta itu fitrah manusia yang dikurniakan tuhan? Kenapa masih ade manusia yang cuba menafikan perasaan cinta mereka pada seseorang? Menafikan kewujudan cinta dalam hati sendiri seolah dunia ni hanya ada diri dia seorang.

Cintakan subjektif. Pada mak ayah pun boleh lahirkan rasa cinta. Pada tuhan apatah lagi. Cinta abadi dan hakiki yang dibawa sampai mati.Siapa kita nak menolak hukum alam? Sedangkan penciptaan kita pun ditentukan tuhan.

Apa kisah cinta anda semua?Pahit? Manis? Kelat?
Mungkin pahit di permulaan tapi manis di penghujung. Mungkin juga adalah sebaliknya.
Kejadian dan ketentuan tuhan susah diduga.Kan kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.

Si kelamkelibut mendoakan semua pembaca sentiasa dalam rasa cinta kepada tuhan, agama, keluarga, diri sendiri dan mereka yang disayangi. Pada si kelamkelibut.. cinta adalah kasih-sayang. Sesuatu yang tak dapat dibeli dan dinilai.

With love,
Si kelamkelibut

Tuesday, 14 February 2012

Selamat bekerja...

salam hari selasa buat semua..

apakah cerita menarik hari ini?

xada? erm.. belum ade kot..

xper..xper.. esok masih ade..
jangan jadikan hari anda sunyi dan sepi
jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

apakah yang kelamkelibut merepek ni...???
dah macam wartawan pun ada.

 
"sekian.. kelam kapal xkaram melaporkan untuk berita kelibut.." 

arini kelamkelibut nak kongsi cerita pasal kerja.

Ape pekerjaan yang korang rasa adalah yang paling sesuai n best untuk korang?

For sure ramai yang akhirnya bekerja bukan dalam bidang sendiri. Belajar dekat Univ. bidang lain tapi kerja buat benda lain.

Ada yang sanggup terima risiko dengan buat keputusan begitu semata-mata demi minat. Ada yang sebab terpaksa.. macam nak kejar gaji besar ke, sesuai dengan jiwa ke contoh macam yang jadi penyanyi/pelakon or pramugari tu. Banyak di kalangan mereka yang belajar tinggi tapi memilih profession tu sebab itu yang mereka suka buat.

U alls semua plak macam mana? Suka dengan kerja sekarang?
Bahagia dengan rutin kerja u alls?

Kelamkelibut selalu berangan nak ada Taska / Tadika sendiri sebab suka dengan budak-budak. Tapi macam biasalah bidang belajarnya lain. So simpan dulu jadi cita-cita or impian yang belum kesampaian.

selalu praktis jadi babysitter si bam bam ni je la..
Tak kisah la kerja ape yang kita buat sekarang yang penting halal and kita buat dengan ikhlas.. baru la berkatkan?

Wish u all the best in whatever u do.

Love urself, love ur job, love ur precious life.. 



with love,
si kelamkelibut

Monday, 13 February 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Macam tak percaya jer join segment kat blog sifu kita Mr. Ben ashaari.
Konon niat nak jadi silent blogger tapi hati menggetiks nak try join gak. Hehehe...

Klik untuk ke blog Mr. Ben
So...Kenapa si kelamkelibut rasa u alls semua kena visit blog kelamkelibut yang tak seberapa ni...
Yang utama of course la nak mintak reader/blogger semua menaikkan semangat saya berblog.
Memandangkan kelamkelibut dalam kategori budak baru belajar, so takdela si kelamkelibut malu-malu kucing lagi untuk berblog...

kalau malu lagi.. si kelamkelibut tutup mata macam ni jer.. 
sila-silalah jamu mata,hidung, mulut, telinga n semua yang boleh la kat blog si kelamkelibut ni yer.

kelamkelibut suka menulis apa saja yang terlintas di hati and fikiran. so blog ni lebih kepada tempat meluahkan apa yang kelamkelibut rasa and fikirkan. Antara yang menarik dalam blog ni adalah few nota hati dari si kelamkelibut sendiri.

boleh la klik link ni yer:
http://sikelamkelibut.blogspot.com/search/label/nota%20hati

my fevret is this one:
http://sikelamkelibut.blogspot.com/2011/07/seloka-beringat-nak-marah-tapi-tak-tau.html

kelamkelibut really hope blog ni boleh menjadi bahan bacaan yang santai buat semua tetapi di samping  kita saling ingat-mengingati dan memuhasabah sesama sendiri.

Good luck to all blogger.. :)

with love,
Si kelamkelibut

p/s: if nak join sempat lagi sampai pukul 10 mlm ni.. klik sini yer BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

The little girl i miss so much

si kecil yang saya rindu sangat-sangat..
every nite will call her even juz can understand her 'bye-bye' word.
other than that juz a cute shouting voice and cute mumbling from her.
Bam bam.. mak ngah mish u a lot la.. comelkan dia?



With love,
Si kelamkelibut

Monday, 19 December 2011

Surat

Dear Mr. Stress,

Can u please go away from my life? I beg you juz for this temporary time. Please dont come now.It's not a right time for you and me. I am not ready yet to take all the mess you bring.I hope you understand my situation.

I really need a peaceful time at this moment. I need a happy smile and a gleaming face on my big day. I should not have a gloomy face on my special day.Perhaps your delay will help me to be a beautiful bride. Hope you will consider my request to avoid any terrible circumstances.Finally, please take this as a serious request and make it as a priority among your to do list.

Thank you.

Regards,
..Bride to be..

Tuesday, 6 December 2011

Menilai kehidupan

kenapa kita suka menilai kehidupan orang lain?
sedangkan kita bukan tuhan
kita tak tahu apa yang tersirat tetapi tetap membuat
spekulasi dengan hanya melihat dari yang tersurat..

hidup kita tak sama dengan orang lain
hidup orang lain pun tak mungkin sama dangan kita
setiap manusia ade bahagian dugaan mereka sendiri yang allah datangkan sesuai dengan kemampuan manusia itu sendiri
setiap manusia juga telah dijanjikan rezeki buat mereka jika mereka berusaha..

kenapa perlu lagi kita bertanya apa yang kamu akan lakukan jika kamu adalah dia?
sedangkan kita tak pernah berhadapan dengan situasi seperti dia
sedangkan kita hanya mendengar cerita dari dia ataupun si polan
wajarkah kita menilai tindakan seseorang itu?
wajarkah kita mempertikaikan kehidupan seseorang itu?
walhal bukan itu juga yang dia inginkan terjadi dalam hidup nya
walhal dia juga sudah berusaha sebaik mungkin untuk hidupnya
dia hanya melakukan apa yang terdaya dengan kudratnya
dia hanya melakukan apa yang tercapai oleh akalnya

tapi itu lumrah manusia
mengukur kehidupan mereka dengan menuding jari ke arah kehidupan orang lain
kalau yang dituding itu hidupnya lebih baik, maka sifat iri menguasai diri
kalau yang dituding itu hidupnya lebih daif, maka megah dia bangun mendabik dada

kehidupan bukan untuk diukur..
tapi untuk di teladani
untuk di renungi
untuk selalu diperbaik
yang baik jadikan tauladan
yang buruk dijadikan sempadan
biar hari ini lebih baik dari semalam
biar masa depan lebih cerah dan tidak kelam..

With love,
Si kelamkelibut

Thursday, 3 November 2011

Love What you do, do what u love..

Love what you do, Do what u love..
---------------------------------

Memang betul orang cakap... cakap tu lg senang dr buat. Nak buat apa yg kita suka buat pun bukan mudah. Banyak halangan.Ade je yg suka persoalkan.Walhal benda tu bukan memudaratkan or menyusahkan siapa-siapa.Malah tak bertentangan dengan agama pun.Mungkin sikap manusia yang kononnya nak tunjuk prihatin lebih sampai tak sedar dah terselak kain orang lain.Padahal diri sendiri tak pakai kain pun pakai seluar pendek je. Paham-paham sendiri la..

Mood si kelamkelibut = TENSION!!!

With love,
Si kelamkelibut

Wednesday, 13 July 2011

Kenapa manusia suka tanya KENAPA?

Berbelit tak tajuk entry ni? Tajuk itu sendiri dah tanya KENAPA. si kelamkelibut memang suka bagi tajuk yg kasi pining kipala saja!

                                                           Thanx mr.Google

entry ni untuk diri sendri n utk renungan pembaca yang lain gak.
Kita antara sedar dan tidak suka sangat persoalkan sesuatu tu dengan KENAPA..
Perasan tak, ini yang berlaku dalam hidup kita seharian? Sikit-sikit orang lain tanya KENAPA. kenapa tak datang? kenapa kena buat macam tu? kenapa tak ikut cara macam ni? Tak pun diri kita yang sibuk tanya orang lain dengan soalan KENAPA? KENAPA? KENAPA?.

sedangkan memang benar setiap kejadian yang berlaku ada sebab musababnya dan KENAPA ianya berlaku memang ada hikmahnya yang tuhan janjikan. Samada kita sebagai manusia ni sedar dan tidak aje akan hikmah setiap yang terjadi tu.

Sesuatu yang buruk itu tak semestinya meninggalkan kesan yang pahit.Mungkin buruk di satu sudut sahaja tapi amat bermakna di sudut yang lain.

Contoh yang paling mudah... kita dapat peluang pergi ke suatu tempat yang memang kita impikan, tapi atas sesuatu sebab yang tak dapat dielakkan kita tak dapat pergi.Kita menangis meraung sebab terlepas peluang keemasan.Sudahnya asyik mempersoalkan kenapa bukan kita yang terpilih utk pergi, kenapa saat macam ni la masalah kewangan pulak timbul sedangkan kita tak pernah hadapinya sebelum ni. Mulalah terlampau banyak persoalan KENAPA yang muncul.

sedangkan tanpa kita sedari percaturan tuhan itu maha adil.Mungkin sesuatu yang tak diingini bakal berlaku pada orang yang kita sayang atau keluarga kita di saat kita jauh di sisinya sebab pergi ke tempat yang kita idamkan sangat tu.Atau apa saja hikmah di sebaliknya yang kita sendiri terlepas pandang.

Sebaiknya kita bersyukur atas setiap yang terjadi walau baik dan buruk. Sebab.. setiap baik dan buruk itu tuhan jadikan dengan banyak sebab utuk kita muhasabah balik.

Mungkin yang baik tuhan  berikan itu sebagai ganjaran atas kesusahan yang kita telah tempuhi dan yang buruk itu sebagai peringatan agar kita tidak terus terleka.

kesimpulannya... bersyukurlah dengan setiap benda yang terjadi kerana pasti ada hikmah yang baik disebaliknya. Selalulah muhasabah diri supaya kita tak terus mempersoalkan KENAPA?

salam renungan dari si Kelamkelibut.

With love,
Si kelamkelibut

Thursday, 7 July 2011

I.M.Stress

Si kelamkelibut stress pasal kerja. formula utk stress solution adalah:

Peaceful = makan - stress

so utk dptkan peaceful adalah dengan makan sbab makan mampu membuang stress.

Then akhirnya mula la teringin something yang tak pernah dirasa n dalam Top list adalah.... RED VELVET CAKE and PAVLOVA CAKE.

Damn! mengidam benda yang mahal jer mana nak cari???

                                                             Red velvet cake
                                                         Thank you mr. Google

Merah itu sexy kan? tapi in this case... merah itu melaparkan..huhuhu...
Kena jalankan misi cari RED VELVET CAKE mcm ni...

                                                              Pavlova Cake
                                                Thank you again mr. Google

PAVLOVA CAKE yang diselaputi cheese cream... huh meleleh airliur si kelamkelibut ni.
Tengok jerla... ntah mana nak cari.huhuhu

With love,
Si kelamkelibut

welcome to reader n myself..

hehehe.. ntah pape jer tajuk entry..
ske hati si kelamkelibut la kan...

selamat datang kpd reader n trima kasih sudi singgah blog si kelamkelibut ni.
N.......... selamat datang juga kepada si kelamkelibut ke dunia blogging.( sy budak baru belajar)

hope blog ni bleh memberi informasi dan menjadi bahan bacaan santai buat semua. semoga terhibur dengan tulisan ntah ape-ape si kelamkelibut ni k.. daa...

with love,
Si kelamkelibut